Powered by Blogger.
RSS

My Photo



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Matematik UPSR

Author Artikle berikut dipetik daripada blog Cikgu Farizal

Assalamualaikum dan sala sejahtera…
Matematik lagi? Tak ada topik lain ker?
He..he… Mungkin minggu ini minggu matematik bagi blog Cikgu Farizal Dot Com :)

duittue.jpg
Sewaktu saya bersekolah menengah dahulu ada seorang teman seperjuang tiba-tiba mengeluh sewaktu bersama-sama belajar dalam bilik lukisan kejuruteraan pada waktu petang.
Kan best kalau dalam dunia ini tak ada mata pelajaran matematik. Aku takut hanya kerana add math ni tercemar keputusan SPM aku.

Keluhan ini sudah seringkali saya dengar terkeluar dari mulut kawan saya ini. Beliau agak lemah dalam subjek matematik tambahan. Tapi kesungguhanya belajar benar mengagumkan saya.
Cuba kita fikir sejenak, mengapa kita perlu belajar matematik. Bukan sekadar perlu belajar tetapi wajib mahir?
Matematik merupakan tunjang kepada segala ilmu terutama ilmu sains. Dan kehidupan kita memang sentiasa dibayangi ilmu matematik.
Bermula dari bangun pagi, jam loceng berbunyi. Tajuk masa kita aplikasikan dalam kehidupan harian seawal pagi. Masa merupakan salah satu tajuk dalam matematik mengajar kita bagaimana untuk kita merancang kehidupan harian kita. Kita perlu mahir mengira masa supaya kita dapat menguruskanya dengan betul.
Naik bas kesekolah, kita membayar tambang kepada konduktor bas. ( Ini bas yang bukan jenis yang bayar bulan-bulan). Jika kita tidak mahir mengira, bagaimana kita hendak tahu wang yang kita beri tepat seperti yang kita kehendaki. Jika ada baki, adakah betul baki yang diberi?
Lagi sekali kemahiran matematik begitu diperlukan dalam kehidupan harian kita.
Cukuplah dengan 2 contoh tersebut. Saya rasa anda lebih tahu akan pentingnya memahirkan diri dalam ilmu matematik :)
Matematik memang cukup penting untuk kita berjaya dalam hidup. Hampir kesemua (mungkin semua) apa yang kita pelajari di sekolah, kolej & universiti terasnya adalah matapelajaran matematik.
Jadi belajarlah matematik dengan bersungguh-sungguh. Ingat, Matematik Itu Mudah Tapi Mencabar :)


Baiklah, setelah kita ketahui begitu pentingnya metametik dalam kehidupan harian kita, marilah kita  bersama- sama mempelajari metametik. .Ikutilah video berikut. Ia sangat mudah & menarik.

Begitu senang untuk ingatkan fomula luas ,perimeter,isipadu,jumlah,purata dan bilangan.



Berikut adalah beberapa contoh soalan dan cara menjawab soalan metametik UPSR.



                                                                                                      

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS